PUTRAJAYA – Pihak pentadbiran universiti di Malaysia kini boleh menganjurkan sebarang sesi wacana dan dialog secara terbuka tanpa dikenakan sebarang sekatan. Ia selaras dengan hasrat kerajaan baharu untuk menjadikan institusi pengajian tinggi sebagai medan intelektual. Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, gesaan itu dikeluarkan oleh beliau sendiri berkuat kuasa serta-merta. “Sebagai Menteri Pendidikan, saya menggesa Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar supaya tidak melakukan sekatan bagi penganjuran…










