Keadaan bayi dicampak ibu kritikal - Utusan Malaysia

Keadaan bayi dicampak ibu kritikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Jun – Keadaan bayi lelaki yang dicampak ibunya dari tingkat dua belakang sebuah restoran di Kajang, dekat sini Ahad lalu dilaporkan kritikal.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintenden Mohd. Sabri Abdullah berkata, sehingga kini, bayi tersebut masih menerima rawatan lanjut di Hospital Kajang.

Ujarnya, ibu kepada bayi tersebut masih direman sehingga Ahad ini dan kini turut berada di hospital sama bagi mendapatkan rawatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sehingga kini pihak kita masih belum menerima laporan daripada pihak hospital mengenai kecederaan yang dialami bayi malang tersebut.

“Jadi maklumat yang tular di laman sosial mengatakan tulang bahu kanan bayi terbabit patah sama sekali tidak benar,” katanya di sini hari ini.

Isnin lalu, media melaporkan mengenai seorang bayi yang baru dilahirkan jatuh dari ‘langit’ sebelum ditemukan orang ramai di atas jalan raya berhampiran besi konkrit.

Susulan kejadian itu, seorang wanita warga asing berusia 22 tahun ditahan kira-kira enam jam selepas bayi itu ditemukan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini