PUTRAJAYA 21 Jun – Kementerian Dalam Negeri menjelaskan seorang individu dalam video pertengkaran tular di media sosial yang mendakwa diri daripada kementerian itu adalah Ahli Kehormat Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang dilantik pada Februari 2015. Kementerian itu dalam satu kenyataan menjelaskan, siasatan lanjut mendapati lelaki itu telah digantung daripada jawatan itu kerana disiasat atas dakwaan salah guna kuasa pada Mei 2017. “Sehubungan itu, kementerian telah memanjangkan sedutan video itu kepada…










