Kapten feri karam di Danau Toba ditahan - Utusan Malaysia

Kapten feri karam di Danau Toba ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIMALUNGUN 21 Jun – Kapten feri yang karam di Danau Toba telah ditahan oleh pihak polis untuk disoal siasat.

Kapten berkenaan yang dikenali sebagai Tua Sagala itu merupakan antara 18 mangsa yang berjaya diselamatkan semasa feri tersebut karam pada Isnin lalu.

Setakat hari ini pihak agensi mencari dan menyelamat mengesahkan tiga penumpang terkorban dan mayat telah ditemukan walaupun sebelum ini pihaknya mendakwa empat penumpang terkorban.

Agensi berkenaan menganggarkan seramai 193 mangsa masih hilang menjadikan tragedi itu antara yang terburuk di Indonesia. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN