Kapal kargo seludup lebih 25,000kg minyak masak ditahan - Utusan Malaysia

Kapal kargo seludup lebih 25,000kg minyak masak ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU – Percubaan sebuah kapal kargo untuk menyeludup keluar 25,500 kilogram minyak masak dan 1,000 kilogram tepung dari Tawau digagalkan Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau dalam Ops Gelora Khas di kawasan Laut Batu 4, dekat sini semalam.

Pegawai Pemerintahnya, Deputi Superintendan Mohd. Nazri Ibrahim berkata, susulan itu, 13 lelaki warga Filipina termasuk juragan kapal berumur lingkungan 22 hingga 72 tahun ditahan dalam operasi pada 6 petang itu.

“Kapal yang sepatutnya mengambil beras di Tawau ini dalam perjalanan dari Pelabuhan Tawau menuju ke Bongao, Filipina.

“Bertindak atas maklumat bersabit penyeludupan barangan kawalan ke negara jiran, Unit Risikan Marin Tawau bersama pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah telah menahan kapal ini yang membawa barangan kawalan untuk diseludup,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Nazri berkata, kapal serta minyak masak dan tepung dengan nilai keseluruhan dianggar lebih RM3 juta itu dirampas dan kes diserahkan kepada Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan untuk siasatan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN