SECARA amnya, kanser pada kanak-kanak boleh melibatkan mana-mana organ seperti otak, hati, buah pinggang serta sebagainya. Perbezaan antara kanser yang dihadapi kanak-kanak berbanding orang dewasa adalah jenis kanser itu sendiri. Kanser golongan ini selalunya berlaku akibat perubahan DNA (asid deoksiribonukleik) yang terjadi sama ada pada peringkat embrio atau peringkat awal kehidupan mereka. Ini berbeza daripada orang dewasa di mana sesetengah kanser adalah berkait dengan faktor atau pendedahan persekitaran dan juga…










