Kanak-kanak maut motosikal terbabas - Utusan Malaysia

Kanak-kanak maut motosikal terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS 28 Jun – Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun terbunuh selepas motosikal dinaiki bersama dua rakannya terbabas berhampiran Pantai Kamloon dekat sini petang ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, mangsa Muhamad Hafiz Abdullah maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala selepas terhumban ke tepi jalan dan terkena tiang pagar.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, mangsa yang membonceng motosikal ditungganginya rakannya yang berusia 13 tahun dan seorang lagi rakan berusia 12 tahun.

“Ketika kejadian ketiga-tiga mereka sedang dalam perjalanan dari arah Institut Pertanian Bumbung Lima menghala ke Pantai Kamloon sebelum motosikal jenis Yamaha LC135 terbabas ke kiri jalan.

“Kesemua mereka tidak memakai topi keledar selain penunggang motosikal itu juga tidak memiliki lesen memandu,” katanya dalam ssatu kenyataan, di sini hari ini.

Tambahnya, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kepala Batas dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1)Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN