Kanak-kanak maut ditikam 30 kali - Utusan Malaysia

Kanak-kanak maut ditikam 30 kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak perempuan ditemui mati di stor rumahnya di Taman Kepong di sini dengan 30 kesan tikaman dipercayai ditikam oleh saudara lelakinya dalam satu kejadian kira-kira pukul 9 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, suspek lelaki yang berusia 21 tahun itu datang ke rumah mangsa yang berusia tiga tahun itu untuk melawat ahli keluarganya. 

“Suspek datang dan mengetuk pintu rumah dengan kuat sebelum dibenarkan masuk oleh nenek mangsa sebelum neneknya keluar dari rumah dan ibu mangsa serta adik mangsa yang juga bayi pergi ke tingkat atas untuk tidur.

“Suspek pada mulanya bermain dengan mangsa namun setengah jam kemudian ketika neneknya pulang ke rumah, dia menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan ditutupi kain berwarna putih yang berlumuran darah di dalam bilik stor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Munusamy menambah, nenek mangsa yang terkejut segera memaklumkan kepada ibu mangsa yang sedang berada bersama suspek di tingkat atas rumah tersebut sambil bermain dengan adik mangsa.

“Ibunya terus meminta bantuan jiran untuk menghantar mangsa ke Hospital Desa ParkCity di sini bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Doktor yang membuat pemeriksaan menemui kira-kira 30 kesan tikaman di tubuh mangsa dipercayai menggunakan objek tajam,” ujarnya.

Beliau berkata, pada malam yang sama juga kira-kira pukul 9.45 malam, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul telah pergi ke lokasi kejadian dan menahan suspek yang masih berada di rumah itu.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN