Kanak-kanak cedera terkena letupan mercun bola - Utusan Malaysia

Kanak-kanak cedera terkena letupan mercun bola

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 13 Jun – Jari telunjuk tangan kanan seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun hancur manakala tapak tangannya melecur teruk akibat bermain mercun bola di rumahnya di Malim Nawar, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 5 petang ketika mangsa bermain mercun berkenaan bersama adiknya di halaman rumah.

Mangsa yang ketika itu sedang cuba membakar mercun tersebut terkejut apabila ia secara tiba-tiba meletup di tapak tangan kanannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Akibat letupan tersebut, tapak tangan kanan mangsa melecur teruk dengan jari telunjuknya hancur.

Kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk rawatan lanjut dan keadaannya kini dilaporkan stabil. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini