Kampung dibawah pentadbiran pembangkang juga akan nikmati peruntukan pembangunan  - Utusan Malaysia

Kampung dibawah pentadbiran pembangkang juga akan nikmati peruntukan pembangunan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menegaskan kampung-kampung di bawah pentadbiran pembangkang akan turut menerima peruntukan pembangunan yang bertujuan menjana ekonomi kampung mereka. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, perkara tersebut telah diputuskan oleh kabinet dan kampung-kampung berkenaan akan turut menerima peruntukan pembangunan kampung yang akan disalurkan kepada pejabat pembangunan negeri.

“Peruntukan berkenaan akan disalurkan melalui pejabat pembangunan negeri dan bukannya kepada pemimpin politik parti seperti yang diamalkan kerajaan sebelum ini.

“Kita tidak akan bersikap diskriminasi terhadap negeri-negeri pembangkang. Ia adalah polisi kami yang mana mereka (negeri-negeri pembangkang) juga akan dapat dan ia bukannya politik.

“Ketika Barisan Nasional (BN) memerintah dulu, Selangor dan Pulau Pinang juga tidak mendapat sebarang peruntukan kerana semua peruntukkan disalurkan melalui ketua bahagian UMNO,”katanya ketika ditemui pada Majlis Hari Terbuka Aidilfitri Institut Darul Ehsan di sini hari ini. 

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Pembangunan Luar Bandar Rina Mohd. Harun yang memperuntukkan RM100 juta untuk pembangunan kampung seluruh negara.

Bagaimanapun Rina berkata, geran itu akan diperuntukkan untuk negeri di bawah pentadbiran Pakatan Harapan kerana kerajaan masih mengkaji mekanisme saluran dana untuk negeri bawah pentadbiran pembangkang.

Kenyataan Rina itu dibidas beberapa pemimpin politik termasuk Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad yang meminta kementerian berkenaan menarik balik keputusan itu kerana ia tidak akan membezakan Malaysia baharu dengan pentadbiran lama dibawah BN. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini