SHAH ALAM – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menegaskan kampung-kampung di bawah pentadbiran pembangkang akan turut menerima peruntukan pembangunan yang bertujuan menjana ekonomi kampung mereka. Menurutnya, perkara tersebut telah diputuskan oleh kabinet dan kampung-kampung berkenaan akan turut menerima peruntukan pembangunan kampung yang akan disalurkan kepada pejabat pembangunan negeri. “Peruntukan berkenaan akan disalurkan melalui pejabat pembangunan negeri dan bukannya kepada pemimpin politik parti seperti yang diamalkan kerajaan sebelum ini. “Kita…










