Kaji caruman KWSP untuk isteri - Utusan Malaysia

Kaji caruman KWSP untuk isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Kerajaan akan mengadakan persidangan khas pada 8 Ogos depan bagi memperhalusi setiap isu teknikal berkaitan pelaksanaan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suri rumah.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, persidangan tersebut juga bakal disertai agensi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bersama KWSP serta beberapa pihak berkepentingan yang lain.

Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memberitahu, langkah tersebut diadakan bagi membolehkan setiap isu berkaitan pelaksanaan caruman dapat diselesaikan menerusi kaedah terbaik.

“Memang ada beberapa isu teknikal yang menjadi kekangan seperti Seksyen 51 Akta KWSP dan Akta Kerja 1955,” ujar beliau kepada pemberita selepas mengadakan mengadakan lawatan di Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajjah Kalsom di sini semalam.

Peruntukan yang terkandung di bawah Seksyen 51 Akta KWSP 1991 menjadi penghalang utama terhadap pelaksanaan caruman dua peratus dari­pada pendapatan bulanan suami kepada isteri yang tidak bekerja.

Skim KWSP khas untuk suri rumah diperkenalkan oleh Pakatan Harapan bagi memenuhi janjinya untuk mengiktiraf peranan dan perjuangan golongan tersebut selepas berjaya mendapat mandat untuk mentadbir negara melalui Pilihan Raya Umum ke-14 baru-baru ini.

Wan Azizah berkata, persidangan tersebut akan turut membincangkan berkaitan peruntukan Seksyen 51 Akta KWSP 1991 dan Akta kerja 1955.

“Persidangan ber­kenaan juga akan mengkaji bagaimana untuk menghadapi peruntukan dalam Akta KWSP yang tidak membenarkan caruman ahli dipindahkan.

“Pandangan daripada Kementerian Kewangan juga perlu kerana pelaksanaannya (caruman) juga akan membabitkan dana kerajaan,” tambah Wan Azizah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN