LISBON 7 Jun – Jurulatih Portugal, Fernando Santos berkata dia masih lagi memikirkan siapa yang akan mengisi kesebelasan utama untuk perlawanan pembukaan Piala Dunia mereka menentang Sepanyol. Jurulatih itu, yang membantu Portugal menjuarai Euro 2016 di Perancis dua tahun lalu, turut mengesahkan bahawa ketua pasukan Cristiano Ronaldo akan bermain dalam perlawanan persahabatan di laman sendiri menentang Algeria yang merupakan perlawanan pemanas badan terakhir mereka sebelum ke Rusia. Ronaldo, yang merupakan…










