KUALA LUMPUR 5 Jun – Jerman, Sepanyol, Perancis, Brazil Argentina antara pasukan yang bakal berada di peringkat separuh akhir, jelas pengendali Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee. Beliau berkata, demikian kerana mengambil kira prestasi kelima-lima pasukan tersebut yang dianggap konsisten ketika aksi kelayakan dan juga dalam beberapa perlawanan persahabatan sebelum mereka turun menghadapi Piala Dunia di Rusia. “Jerman, Sepanyol, Perancis, Brazil dan Argentina akan melangkah lebih jauh daripada peringkat kumpulan.…









