KUALA LUMPUR 10 Jun – Program Jualan Harapan Rakyat yang diadakan di Pasar Besar Bandar Baru Ampang hari ini mendapat sambutan memberangsangkan apabila tapak jualan mula dipenuhi orang ramai sejak pukul 8 pagi lagi. Pengunjung tidak melepaskan peluang mendapatkan pelbagai barangan basah seperti ikan, ayam dan daging dengan harga yang lebih rendah berbanding harga pasaran. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Haniza Talha berkata, jualan yang dijalankan dapat membantu…










