KUALA LUMPUR – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) telah memperoleh pembelian pertama sebanyak 1,000 unit Perodua Bezza dan Axia daripada sebuah pembekal perkhidmatan panggilan elektronik (e-panggilan) dan perkongsian perjalanan yang beroperasi di negara ini. Menerusi satu kenyataan, Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn. Bhd., Datuk Dr. Zahari Husin berkata, jualan tersebut telah membuka satu lagi pasaran untuk pembuat kereta kompak berkenaan. “Langkah itu merupakan tanda sokongan penting oleh syarikat-syarikat yang bergantung kepada kereta berkualiti tinggi dan selamat serta menyediakan penjimatan dalam penyelenggaraan,” katanya di sini semalam. Zahari berkata, pertumbuhan pesat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya