JSJK serbu kediaman dikaitkan dengan Najib - Utusan Malaysia

JSJK serbu kediaman dikaitkan dengan Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 11 Jun – Pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman melakukan pemeriksaan di sebuah kediaman kuarters di Presint 10 dipercayai berkaitan dengan kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kelihatan empat kenderaan polis dan satu van berada di hadapan kediaman terbabit bersama beberapa anggota polis berpakaian preman.

Mereka dikatakan berada di lokasi terbabit sejak pukul 1.25 petang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Difahamkan melakukan pemeriksaan di rumah kosong yang dipercayai menyimpan beberapa barangan milik Najib.

Menurut sumber, kediaman itu kali terakhir dihuni oleh Tan Sri Shukry Mohd. Salleh yang pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri di bawah era pemerintahan Najib.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini