JPJ Perak peroleh lebih RM61,000 hasil lelong kenderaan sita - Utusan Malaysia

JPJ Perak peroleh lebih RM61,000 hasil lelong kenderaan sita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak memperoleh sejumlah RM61,250 hasil lelongan 62 buah kenderaan sita yang tidak dituntut selepas tempoh tertentu di JPJ Cawangan Taiping hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengarahnya, Mohd. Zawawi Zakaria berkata, lelongan yang bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir kira-kira dua jam setengah kemudian itu melibatkan 58 buah motosikal, tiga kereta dan sebuah van jenis Nissan Urvan.

“Motosikal dan kereta yang dilelong itu bermula dari RM50 hingga RM25,000 sebuah. Seramai 64 pembida berjaya  membeli kesemua kenderaan berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di pejabat JPJ di sini.

Mohd. Zawawi berkata, pihaknya akan meneruskan lelongan sedemikian bagi mengelakkan kenderaan yang disita susut nilai akibat kerosakan jika disimpan terlalu lama.
Katanya tahun lepas  sebanyak 49 buah kenderaan telah dilelong di JPJ Ipoh membabitkan  33 buah motosikal,  10 buah kereta, empat buah van, sebuah pacuan empat roda Land Rover dan sebuah lori kecil.

Sementara itu, Mohd. Zawawi berkata, sebanyak 337  buah kenderaan klon  sedang dalam proses dilucutkan hak dan akan dilelong apabila segala proses berkaitan termasuk kes perundangan selesai. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini