SEOUL 1 Jun – Pemimpin Korea Utara, Kim JOng-un menegaskan bahawa beliau komited untuk menghentikan program senjata nuklear di Semenanjung Korea.
Perkara itu dimaklumkan Jong-un kepada Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov selepas mereka mengadakan pertemuan di Pyongyang semalam.
“Jong-un memaklumkan kepada saya bahawa keputusan untuk mengentikan program senjata nuklear di Semenanjung Korea tidak akan berubah,” katanya. – AFP










