KUALA LUMPUR 5 Jun – Datuk Seri Johari Baharum dijangka akan bertanding untuk jawatan Ahli Majlis Tertinggi pada pemilihan UMNO akan datang. Namun begitu, beliau masih belum mahu menghantar borang penamaan calon buat masa ini kerana lebih mementingkan soal kepimpinan baharu yang mampu menerajui UMNO pada masa akan datang. Bagaimanapun, beliau memberi jaminan akan menghantar borang dalam masa yang terdekat. “Saya tidak memikirkan soal jawatan seperti naib presiden ke atau…










