SEREMBAN – Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS) telah membuat permohonan kepada kerajaan pusat agar sebuah klinik kesihatan Jenis 2 dibangunkan bagi menggantikan Klinik Kesihatan Tampin. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S. Veerapan berkata, projek bernilai RM45 juta itu dicadangkan dibina di tapak lama Hospital Tampin. “Klinik kesihatan Jenis 2 ini adalah lebih besar dengan kapisiti 1,000 pesakit boleh dirawat sehari berbanding sebelumnya hanya 600 ke…










