Jin Wei gagal kejutkan Tzu Ying - Utusan Malaysia

Jin Wei gagal kejutkan Tzu Ying

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Jun – Harapan untuk menyaksikan Goh Jin Wei melakar satu lagi kejutan terbesar di kejohanan badminton Terbuka Malaysia tidak kesampaian selepas tewas kepada pemain No.1 dunia, Tai Tzu Ying di suku akhir, hari ini.


Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam aksi di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini menyaksikan pemain No.1 negara itu tidak mampu menandingi kepantasan dan ketangkasan pemain Taiwan itu selain terpaksa akur dengan kekalahan 15-21, 15-21.


Pemain berusia 18 tahun itu mengakui, tahap permainannya masih belum cukup untuk menandingi Tzu Ying yang jelas mendominasi keseluruhan permainan.


Dia yakin mampu mencapai tahap permainan seperti lawannya itu tetapi meminta agar dirinya diberikan masa.


“Bagi saya ini adalah pencapaian terbaik saya di Terbuka Malaysia kerana saya langsung tidak jangka boleh sampai ke tahap ini dan saya perlu tingkatkan segera permainan saya selain perlu lebih jelas mengenai sasaran saya.


“Mengenai perlawanan hari ini, memang saya kalah dari segi kepantasan dan kelebihan itu digunakannya untuk mematikan pergerakan saya di dalam gelanggang,” katanya ketika ditemui selepas tamat permainan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN