BUAT julung-julung kali dalam sejarah Piala Dunia menyaksikan Senegal menjadi pasukan pertama yang tersingkir daripada saingan berdasarkan aksi fair play dengan mengambil kira jumlah kutipan kad kuning dan kad merah oleh skuad dari Afrika tersebut. Terdahulu, pasukan dengan jolokan The Lions of Teranga itu berkongsi mata, jumlah jaringan serta bolos dengan Jepun, namun pasukan Samurai Biru itu berjaya layak sebagai naib juara Kumpulan H di belakang Colombia selepas hanya mengutip…










