TOKYO 12 Jun – Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe memberi jaminan bahawa akan terus memberikan sokongan kepada Malaysia supaya terus berkembang terutama dengan mengukuhkan bubungan dua hala dalam pelbagai bidang. Abe berkata, Dasar Pandang Ke Timur juga akan diremajakan semula dengan ditingkatkan kepada pertukaran dalam bidang pendidikan, pembangunan sumber manusia dan pemindahan teknologi. “Melalui Dasar Pandang Ke Timur, ramai rakyat Malaysia datang ke Jepun untuk belajar tentang nilai sosial, sains…










