Jenazah empat sekeluarga maut dibawa pulang ke Kemaman - Utusan Malaysia

Jenazah empat sekeluarga maut dibawa pulang ke Kemaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN – Jenazah empat sekeluarga yang maut dalam kemalangan di Kilometer 161.3 Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1) dibawa pulang ke Taman Gemilang, Bandar Cheneh Baru, Kemaman, pada pukul 7.30 malam sebentar tadi.

Jenazah kesemua mangsa dibawa ke kampung halaman mereka dengan menaiki empat van jenazah dengan diiringi oleh anggota keluarga.

Terdahulu mayat keempat-empat beranak Azian Abdullah, 50; Fatin Najwa Mazlan, 27; Fatin Nur Adriana, 15; dan Mohamad Danish Najmi, 10, menjalani proses bedah siasat lebih tujuh jam di Unit Forensik, Hospital Jengka di sini.

Jenazah kemudian dimandi dan dikapankan sebelum disembahyangkan di pekarangan Unit Forensik Hospital Jengka dengan diimamkan oleh bekas jiran mereka Shamsudin Sidek dan disertai oleh kira-kira 15 anggota keluarga dan rakan kenalan yang berada di situ.

Kesemua jenazah dijangka akan dikebumikan selepas Isyak di Tanah Perkuburan Islam Bandar Cheneh Baru dalam satu liang lahad.

Dalam kemalangan berhampiran susur keluar Maran pada pukul 8.30 pagi tadi, empat beranak berkenaan maut selepas kereta Perodua Myvi yang mereka naiki terbabas sebelum melanggar penghadang jalan di sebelah kiri lebuhraya berkenaan.

Dua daripada anggota keluarga berkenaan iaitu Mohd Shahrul Ikhram, 20, dan Fatin Nur Athirah, 19, turut mengalami cedera parah dan kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN