JOHOR BAHRU 6 Jun – Jenazah Almarhumah bonda Sultan Johor, Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah tiba di Istana Besar, di sini pada pukul 11.45 malam tadi. Terdahulu, ketibaan pesawat yang membawa jenazah Almarhumah di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai kira-kira pukul 11 malam disambut Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan kerabat diraja yang lain. Yang turut hadir, barisan kepimpinan kerajaan negeri. Dalam sidang akhbar yang diadakan pagi tadi, Yang Dipertua…










