JOHOR BAHRU – Jenazah Almarhumah bonda Sultan Johor, Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah selamat dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah di sini. Jenazah Almarhumah bonda Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dimakamkan pada pukul 11.20 pagi sebaris dengan makam cucunda baginda, Almarhum Tunku Abdul Jalil yang mangkat pada 5 Disember 2015. Istiadat Pemakaman Almarhumah dilangsungkan separuh Istiadat Kemangkatan Diraja sebelum jenazah diusung turun melalui Tangga Agung. Terdahulu, jenazah Almarhumah Hajah Khalsom diusung…










