KUALA LUMPUR 4 Jun – Penerbit dan pemilik syarikat produksi terkenal, Datuk A. Aida, 47, mengakui dia sedang memburu jejaka muda yang mempunyai paras rupa kacak serta susuk tubuh sasa untuk diserapkan di bawah agensi pengurusan bakat miliknya. A. Aida atau nama sebenarnya, Zaidah Awang memberitahu, selaku seorang pengkarya yang aktif menerbitkan drama dan filem tempatan, dia mendapati industri lakonan tanah air kekurangan pelakon lelaki yang berkaliber. “Secara peribadi, saya…










