IPOH – Jari telunjuk tangan kanan seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun hancur selain tapak tangannya melecur akibat bermain mercun bola di rumahnya di Malim Nawar semalam. Kejadian berlaku kira-kira pukul 5 petang ketika mangsa sedang bermain mercun berkenaan bersama adiknya di halaman rumah. Mangsa yang ketika itu sedang cuba membakar mercun tersebut terkejut apabila ia secara tiba-tiba meletup di tapak tangan kanannya. Letupan tersebut mengakibatkan tapak tangan kanan mangsa…










