KUALA TERENGGANU 30 Jun – UMNO Bahagian Marang hari ini menggesa pemimpin Melayu khususnya UMNO agar tidak berterusan apologetik dalam mempertahankan hak istimewa orang Melayu yang semakin terus dicabar ketika kuasa semakin terhakis. Mereka tidak harus merasa bersalah dengan tuduhan sebagai rasis sehingga tidak mampu bertegas apabila berhadapan dengan isu-isu berkaitan yang semakin lantang kedengaran. Gesaan itu adalah antara 17 usul dikemukakan dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian tersebut yang diadakan,…