KUALA LUMPUR: Sebanyak 10 konsesi lebuh raya tidak akan mengalami kenaikan kadar tol dengan implikasi kewangannya akan ditanggung oleh kerajaan.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pertama bagi Menteri dan Timbalan Menteri yang baru dilantik semalam.
Bagaimanapun, kata Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu, perincian kesemua 10 konsesi tersebut akan diperincikan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam masa terdekat.
“Semalam (Jemaah Menteri) ada memutuskan bagi tahun 2026, 10 konsesi lebuh raya tidak akan mengalami kenaikan (kadar) tol. (Keputusan itu) ada implikasi kewangan kepada kerajaan.
“Tetapi, jumlah akan ditanggung oleh kerajaan dan perinciannya akan diumumkan oleh KKR,” katanya pada Sidang Media Mingguan Menteri Komunikasi, hari ini. – UTUSAN










