KUALA LUMPUR 4 Jun – Malaysia meneruskan dasar negara berkecuali dan meminta Laut Cina Selatan tidak dijadikan medan konflik. Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, sebarang konflik bersenjata perlu dielakkan sama sekali. “Dasar berkecuali sejak sekian lama akan diteruskan, termasuk dasar-dasar kerajaan terdahulu,” katanya dalam wawancara khas beberapa wakil media di Kementerian Pertahanan di sini hari ini. Perkara itu ditekankan beliau semasa pertemuan dengan para menteri pertahanan serantau dan Setiausaha Pertahanan…










