SAUDARA PENGARANG, SELEPAS pelantikan menteri Kabinet yang baharu, timbul persoalan adakah peruntukan biasiswa kepada pelajar-pelajar juga dihentik buat sementara. Saya berpendapat, kerajaan baharu dengan menteri baharu haruslah meneruskan usaha pendidikan dan jangan sekali-kali peruntukan biasiswa dihentikan. Saya utarakan perkara ini kerana terdapat desas-desus mengatakan kerajaan baharu mahu mengkaji banyak perkara berkaitan sistem pendidikan termasuk menghentikan buat sementara waktu pemberian dan peruntukan biasiswa. Apakah perkara ini (pemberian dan peruntukan biasiswa) dihentikan?…










