Jangan biarkan teksi bermaharajalela - Utusan Malaysia

Jangan biarkan teksi bermaharajalela

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG, AKHIR-AKHIR ini kita lihat terdapat pemandu teksi yang bersikap ambil mudah terhadap peraturan atau undang-undang jalan raya.

Contoh mudah, apabila berkunjung ke Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan, terdapat segelintir pemandu teksi yang meletakkan kenderaan mereka sesuka hati walaupun kawasan itu dikawal oleh anggota Rela.

Pemandu teksi ini tidak langsung menghiraukan anggtoa Rela yang kerap menegur cara mereka meletakkan kenderaan semata-mata mahu mencari penumpang.

Begitu juga di sekitar Bukit Bintang apabila segelintir pemandu teksi sewenang-wenangnya meletakkan kenderaan mereka di tepi jalan kerana mahu menunggu penumpang. Keadaan ini menyebabkan kesesakan lalu lintas. Disebabkan perangai mereka ini, jalan raya jadi sesak.

Sudah tibalah masanya pihak polis bertindak tegas. Jangan sekadar tegur tetapi hendaklah bertindak menyaman mereka ini. Pihak polis juga hendaklah berkunjung ke Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan dan saksikan sendiri perangai pemandu-pemandu teksi ini.

Begitu juga di sekitar Bukit Bintang, contohnya di hadapan Pavilion, ambillah tindakan tegas terhadap pemandu teksi yang meletakkan kenderaan mereka sesuka hati.

Dalam hal ini, timbul persoalan adakah pihak berkuasa seperti polis mengutamakan pemandu teksi yang melakukan kesalahan jalan raya atau pengguna jalan raya lain yang sentiasa menghormati peraturan jalan raya.

PENGGUNA JALAN 
RAYA BOSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN