MARANG 8 Jun – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hairan dengan tindak tanduk sebilangan pemimpin dalam Pakatan Harapan (PH) yang sering membuat kenyataan seolah-olah mereka Perdana Menteri. Menurut Abdul Hadi, perkara itu tidak seharusnya berlaku memandangkan negara telah mempunyai Perdana Menteri yang sah, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad. Sehubungan itu, beliau meminta perkara tersebut diperbetulkan supaya tidak menimbulkan keadaan yang bercelaru sehingga boleh membantut kelancaran pentadbiran kerajaan. “Dalam…










