Jambatan Batang Samarahan dibuka  pagi ini - Utusan Malaysia

Jambatan Batang Samarahan dibuka  pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA SAMARAHAN 8 Jun – Jambatan Batang Samarahan di sini, dibuka secara rasmi untuk kegunaan pengguna pagi ini.

Pembukaan jambatan itu merupakan khabar gembira kepada penduduk di bahagian Samarahan terutama yang tinggal di daerah Asajaya, Sadong Jaya, Simunjan dan Sebuyau.

Menteri Muda Pesisir negeri berkata, Datuk Julaihi Narawi berkata, projek bernilai RM 110 juta itu mula dibina pada 2015.

“Jambatan ini adalah sepanjang 774 meter merentangi sungai Batang Samarahan menghubungi Kampung Baru dengan Kampung Tambey.

“Kemudahan asas ini menjadi pelengkap kepada pembangunan kawasan pesisir dan hadiah yang cukup istimewa bagi penduduk di sini setelah sekian lama menunggu perbinaan jambatan berkenaan” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian tersebut.

Yang turut hadir, Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya, Aidel Lariwoo.

Menjelas lanjut, katanya, jambatan itu menyediakan laluan dua lorong dua hala bagi kereta, motosikal dan terdapat juga laluan pejalan kaki.

Tambahnya, jambatan itu memanfaatkan kepads lebih 70,000 penduduk Asajaya untuk ke bandar raya Kuching dengan masa perjalanan dapat dipendekkan berbanding menggunakan perkhidmatan feri sebelum ini.
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN