Jamal belum ditahan polis Indonesia - Utusan Malaysia

Jamal belum ditahan polis Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Jun – Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Mohamad menafikan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos telah ditahan di Riau, Indonesia seperti yang digembar-gemburkan semalam.

Jamal Yunos

Menurut beliau, pihaknya telah melakukan semakan me­ngenai dakwaan tersebut de­ngan pihak berkuasa Indonesia.

“Saya dah semak perkara itu dengan pihak polis Indonesia kerana ada khabar angin bahawa dia telah ditangkap di Riau. Bagaimanapun, mereka telah maklumkan setakat ini belum ada tangkapan sedemi­kian.

“Mereka (polis Indonesia) akan bantu kita sepenuh­nya dalam kes ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Peng­anugerahan Kontinjen dan Daerah Terbaik Ops Selamat 13/2018 Hari Raya Aidilfitri di Ibu pejabat Polis Bukit Aman, di sini hari ini.

Terdahulu, Jamal gagal tampil ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang dekat sini se­perti yang dijan­jikan bagi memberi keterangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN