Jack Ma kagum pengetahuan Dr. Mahathir tentang teknologi - Utusan Malaysia

Jack Ma kagum pengetahuan Dr. Mahathir tentang teknologi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 18 Jun – Pengasas dan pengerusi eksekutif Alibaba Group Jack Ma, yang mengadakan pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini, terkejut dengan pengetahuan Perdana  Menteri tentang teknologi.

“Saya terperanjat dengan pengetahuan beliau tentang teknologi,” kata Ma kepada Bernama selepas pertemuan itu yang berlangsung di Pejabat Perdana Menteri di sini.

Menurut beliau, pada pertemuan selama sejam bermula pada kira-kira 9 pagi itu, mereka berkongsi  banyak idea dan berbincang tentang cara untuk membebaskan lebih banyak rakyat Malaysia daripada belenggu kemiskinan serta memberi bantuan kepada lebih banyak golongan muda dan perniagaan  kecil.

“Pertemuan ini sungguh bermanfaat,” kata Ma, yang berada di ibu negara untuk merasmikan sebuah pejabat Alibaba di Bangsar South, Kuala Lumpur, hari ini.

Ma berkunjung ke Kuala Lumpur tahun lepas untuk melancarkan Zon Perdagangan Bebas  Digital (DFTZ) pertama dunia yang ditubuhkan bagi merangsang pertumbuhan e-dagang melalui penyediaan platform serba canggih bagi syarikat dan perusahaan kecil dan sederhana (SME) untuk menjalankan perniagaan dan perkhidmatan masing-masing. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN