TEHRAN 12 Jun – Kementerian Perisikan Iran hari ini berkata mereka berjaya menahan sebanyak 27 anggota sebuah ‘rangkaian pengganas’ yang disyaki merancang satu serangan pada minggu lalu yang bertepatan dengan bulan Ramadan iaitu bulan suci umat Islam.
“Kumpulan berkenaan merancang untuk menjalankan operasi pengganas di Tehran dan beberapa bandar penting lain.”
“Mereka menyiarkan gambar di internet yang mengancam negara Iran dengan balas dendam dan pembunuhan,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan di laman sesawangnya.
Memuatkan artikel berkaitan…
Serangan itu dijadualkan berlaku pada minggu lepas ketika Festival Qadar dan pada Hari Jerusalem yang diadakan setiap tahun.
Sejumlah besar senjata dan peluru telah dirampas, tambah kementerian itu. -AFP











