KUALA LUMPUR 20 Jun – Rakyat Malaysia sudah menikmati satu daripada kadar inflasi yang terendah di Asia Tenggara, dan dengan penghapusan cukai barang dan perkhidmatan (GST), pengguna memperoleh keuntungan tambahan. Kadar enam peratus GST telah ditamatkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi memenuhi janji Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) tidak akan diperkenalkan sehingga September. Kerajaan baharu juga perkenalkan…










