Imej hantu dalam gambar anak lelaki - Utusan Malaysia

Imej hantu dalam gambar anak lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NORTHUMBERLAND, United Kingdom – Seorang ibu kepada dua anak melalui pengalaman menyeramkan apabila mendapati imej seorang budak muncul di belakang anak lelakinya ketika sedang bergambar di sebatang pokok.

IMEJ seorang budak lelaki kelihatan di belakang Byron Watson.

Laura Watson mendakwa budak itu kelihatan memegang bahu anaknya.

Ketika kejadian, Laura 
dan ahli keluarganya sedang beriadah di Taman Hutan 
Plessey dan dia mengambil gambar anaknya, Charlotte 
Hill, 15, Byrin Watson, 9 
dan sepupu mereka 
Jack, 16.

Laura kemudian menyedari terdapat seorang budak lelaki di belakang anaknya yang jelas kelihatan di dalam gambar yang diambilnya walaupun tiada sesiapa lagi menyertai perkelahan mereka pada 
hari itu.

“Saya dan anak-anak tidak dapat tidur malam kerana memikirkan kejadian itu. Kami semua ketakutan.

“Suami saya bekerja pada sebelah malam dan saya serta anak-anak keseorangan. Kami risau jika ada sesiapa mengikut kami pulang ke rumah ketika itu,” katanya.

Menurutnya, apabila dia membesarkan imej di dalam gambar itu, dia melihat muka budak itu, namun secara realitinya, tiada sesiapa di belakang anaknya ketika 
dia merakamkan gambar tersebut menggunakan telefon bimbitnya.

“Budak itu kelihatan seperti anak saya, namun tidak pasti itu adalah budak lelaki atau perempuan. Tetapi saya boleh melihat dengan jelas mukanya dan tangannya seperti memegang bahu Byron,” katanya.

Ada pihak berpendapat, 
imej itu merupakan jelmaan 
roh seorang budak yang mati lemas di kawasan taman itu beberapa tahun lalu. – WWW.MIRROR.CO.UK

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN