MELAKA 30 Jun – Bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron gagal mempertahankan jawatannya sebagai Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu selepas tewas pada Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Tangga Batu, hari ini. Idris yang juga bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka tewas kepada bekas Ahli Jawatankuasa UMNO bahagian itu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad. Keputusan pemilihan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilih, Roslan Hashim kira-kira pukul 7.30 malam tadi. Mohamad Ali memperolehi…