KUALA LANGAT 29 Jun – Nyawa seorang ibu berakhir di tangan anak kandungnya apabila dia ditikam menggunakan pisau di kediamannya di Taman Langat Utama, Kampung RTB Bukit Changgang di sini, hari ini. Mangsa, Mardziah Muhamad Yusof, 50, maut di bahagian dapur rumahnya setelah mengalami kecederaan di bahagian kepala setelah ditikam anak keenam daripada 10 beradik berusia 20 tahun. Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Kamalariffin Aman Shah berkata, kejadian disedari…










