Pelajar lelaki 16 tahun tidak mengaku rogol rakan perempuan - Utusan Malaysia

Pelajar lelaki 16 tahun tidak mengaku rogol rakan perempuan

PELAJAR lelaki yang didakwa di Mahkamah Majistret Parit di sini hari ini atas pertuduhan merogol rakan perempuan berusia 13 tahun di Bota, Perak bulan lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT: Seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan merogol rakan perempuan berusia 13 tahun di sebuah rumah terbiar, bulan lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tertuduh yang berusia 16 tahun itu membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Nurul Izalina Rajaai selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya dalam prosiding yang dijalankan secara tertutup.

Mengikut pertuduhan, remaja terbabit didakwa telah merogol mangsa di sebuah rumah terbiar berhampiran sebuah sekolah di Bota, dalam daerah Perak Tengah pada pukul 4 petang, awal September 2026.

Pertuduhan terhadap remaja itu dijalankan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, R. Jayasri manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nurafiqah Abd Aziz.

Nurul Izalina kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM500 dengan seorang penjamin bersama syarat tambahan tidak dibenarkan mengganggu mangsa.

Mahkamah menetapkan 10 November depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan lantikan peguam. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN