MARAN 18 Jun – Wanita berusia 31 tahun yang didakwa mengelar leher anaknya sehingga maut semalam, didakwa sering termenung dan mendengar suara orang berbisik kepadanya sejak Mei lalu. Suaminya berkata, mereka juga sepatutnya keluar berubat dengan seorang pengamal perubatan Islam di rumah kakaknya di Jengka pada 9 malam semalam, namun peristiwa tragis itu berlaku lebih awal. Beliau yang berusia 42 tahun dan bekerja sendiri menambah, sempat menidurkan mangsa, anak bongsunya…










