KUALA LUMPUR 2 Jun – Jumlah hutang negara ketika pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah dimanipulasi, kerana ia sentiasa dilaporkan menurut standard yang diperakui dunia mengikut piawaian Standard Penyebaran Data Khas (SDDS) yang digunapakai oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Unit Komunikasi Strategik UMNO dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, piawaian ini, hutang negara (yang terdiri daripada jaminan yang diterbitkan menerusi bon kerajaan) dan hutang yang dijamin oleh kerajaan (bermaksud…









