Tidak meriah raya kalau tidak disambut bersama keluarga terutama ayah, bonda dan adik-beradik tercinta. Malah, tradisi balik kampung dalam kalangan anak perantauan yang tinggal di kota setiap kali menjelang Aidilfitri, telah menjadi amalan sejak sekian lama. Berbondong-bondong mereka pulang bercuti untuk berkumpul di kampung halaman masing-masing bagi meraikan Syawal bersama-sama. Senario ini tidak terkecuali buat dua finalis program realiti masakan, Hero Oven musim kedua, Muhammad Ikhwan Mustafar, 26, dan Muhammad…










