KUALA LUMPUR – Penularan berita yang tidak dapat dipastikan kesahihannya sejak akhir-akhir ini dilihat mampu menggugat keharmonian kehidupan bermasyarakat dalam negara. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, sejak kebelakangan ini, pihaknya menyedari berita-berita yang tidak dapat dipastikan kebenarannya semakin banyak dikongsi di laman-laman sosial. “Saya ingin menegur segelintir pihak yang bertanggungjawab ke atas penularan berita-berita tidak benar yang melibatkan kerajaan serta institusi Diraja agar menghentikan perbuatan tersebut…










