Henti hasutan benci Raja Melayu - Utusan Malaysia

Henti hasutan benci Raja Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa amat dukacita dengan tindakan pihak tertentu yang secara terbuka menghina serta memperlekeh institusi raja bagi menghasut dan mempengaruhi rakyat supaya membenci Raja-Raja Melayu.

Baginda melahirkan rasa dukacita apabila hasutan supaya membenci Raja-raja Me­layu itu dilakukan oleh segelintir orang Melayu sendiri.

“Peranan institusi raja adalah bagi memelihara dan mempertahankan kedudukan orang Melayu dan agama Islam serta kaum-kaum lain di negara ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Penularan budaya ini dalam kalangan pihak tertentu harus dihentikan agar rakyat tidak terus dihasut supaya membenci Raja-raja Melayu sehingga mengakibatkan taat setia rakyat terhakis,” titah baginda pada majlis berbuka puasa bersama rakyat sempan perasmian Masjid Al-Falah, Jalan Kebun, Seksyen 30 di sini semalam.

Tegas Sultan Sharafuddin, institusi raja berpe­ranan dalam sistem raja berperlembagaan yang diamalkan di negara ini malah sen­tiasa mendukung prinsip-prinsip yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Baginda menyeru semua orang Melayu khususnya di Selangor mengelak perbalahan sesama sendiri yang boleh membawa kepada perpecahan sehingga memberi imej buruk kepada agama Islam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini