SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa amat dukacita dengan tindakan pihak tertentu yang secara terbuka menghina serta memperlekeh institusi raja bagi menghasut dan mempengaruhi rakyat supaya membenci Raja-Raja Melayu. Baginda melahirkan rasa dukacita apabila hasutan supaya membenci Raja-raja Melayu itu dilakukan oleh segelintir orang Melayu sendiri. “Peranan institusi raja adalah bagi memelihara dan mempertahankan kedudukan orang Melayu dan agama Islam serta kaum-kaum lain di negara…










